Tuesday 21 April 2015

HAPPY 2ND BIRTHDAY & AKIKAH , DANISH

Salam smua..

Alhamdulillah, selesai majlis sambutan Hari Lahir & Akikah anak kami, Danish.
Memang dah lama hajat dihati utk sempurnakan majlis Akikah ini.. tapi byk pula plan2 yg tertunda.
so ambil kesempatan kali ni, birthday yg ke-2 utk kami meraikan sekaligus bersama Akikah.

Majlis yg simple sahaja, Syukur sbb dihadiri ramai para jemputan. Mula2 risau jugak, jika rmi yg tak dapat hadir.. Namun ternyata sangkaan meleset.. ramai jugak yg sayangkan Danish dapat support..

pic2 yg sempat diambil... bz sgt smpi x sempat nak ambil pic byk2..
yg paling byk ambil masa adalah.. persiapan goodies bag.. jenuh jugak nak siapkan..

Antara goodies yg kami sediakan sebagai gift buat tetamu adalah;
Frame, bekas makanan & set sudu garpu pingan cawan dari ikea.






Desert2 yg disediakan.
- cheese tart, nutela tart, fruit tart, blossom, kuih talam cendol, brownies, puding roti, fancy biskut, candy2, coklat, keropok.

Menu utk para tetamu.. tomyam seafood, lemon chicken, udang petai, otak2, sayur campur dari Restoran Sg Bagan Port klang.. makanan disana mmg sedap!





DOAKAN yg baik2 utk anak kami.. agar menjadi anak yg soleh dunia akhirat.







Monday 23 March 2015

Danish is turning 2

Salam...

Alhamdulillah, cepat masa berlalu.. Anak tersayang dah melangkah ke umur-2 tahun.
so apa lagi, si mama pun bz lah prepare birthday party buat anak..
kali ni combine with majlis akikah.. mmg dah lama hajat di hati nak laksanakan..
Alhamdullillah.. wlupun perancagan awal lain.. tpi demi laksana hajat ni.. cuba jugak arrange yg terbaik.

thema kali ini, AIRPLANE.. actually ni cita2 papa Danish.. nak jadi captain..bw airplane.
tpi x kesampaian.. sapa suruh lari dari 'latihan ketika krusus dlu'.. hehehe...
so kita jadi tema utk birthday anak pula..




invitation card ni design by kedai printing.. mula2 x mahu buat kad jemputan.. tpi alang2 jemput..mcm x best guna whatsap shj..
lain2 prepartion.. bermotif airplane.. nati free.. Saya updatekan progress majlis..

terima kasih...


Sunday 23 November 2014

Update, Danish & sudu

Assalammualaikum,

Sudah lama tak update blog sbb bz dgn keje & handeling my super Hero Danish.. mmg sgt meletihkan.
well tpi happy sbb Danish sihat & aktif semacam aje.. Syukur Allah berikan kehidupan yg indah ini. AMin

Kini Danish sudah 1thn & 7bulan, berat terkini 14kg wlupun kurang mkn nasi.. berlari dgn lajunya, suke bercakap2.. wlupun masih lom petah bercakap.. namun Danish sgt memahami apa yg kami sampaikan.. suruh buang pampes, tutup pintu, kemas mainan, ambikkan hanger baju & dll. klu ditnya dah mkn ke belum, dia akn angguk.. tanda 'YA' dah jawab 'Dahh'.
time2 mcm ni lah best.. sbb dia sudah bole jadi geng utk berborak. lps ni temam mama joging & shopping plak.

Kartun kegemaran, mesti lah ULTRAMAN.. tangan dia sentiasa buat gaya Ultraman yg sedang berlawan..
mainan kegemaran plak.. setakat ni.. tiada.. tetapi 1 prk yg paling disukai adalah sudu.. suka sgt pegang sudu, tidak kira dimana shj.. time mandi, makan, tido, shopping, jln2.. dipegang sudi mcm lah 'teady bear' dia.. xpelah janji anak mama happy.. nak cakap.. suke makan..xde lah plak..

ni latest pic, semasa kami shopping di Gaint Subang Jaya... bagus jika byk shopping mall sediakan troli mcm ni.. sbb anak2 suke duk dlm troli ni.. xde lah dia boring tunggu mama shopping @ berlari2 dlm mall.. 
diharapkan lebih byk mall... yg sediakan troli mcm ni... thank's



Sekian ~~~~ update kerenah Danish di blog...

Tuesday 22 July 2014

Kosong-kosong

Salam smua...

Dah bersarang blog ni, x update any news.. ke'bizi'an melanda 2-3bulan ni...
Syukur masih bernafas & berpeluang menjalani ibadah puasa walaupun tidak cukup sebulan..
memandang bulan puasa kali ini harus jalani small operation dibahagian dlm hidung. mengambil masa utk sembuh. Alhamdulillah, kini dah sembuh wlupun masih alami simton selsema yg serius & berpanjangan sekali skala.. Namun keadaan better than before..kira tido mlm pun dah bole lena & mimpi.. klu dlu 'sok sek sok' setiap minit..

Tahun 2014 ni rasa sgt teruja sbb dpt beraya dgn Danish tersyg yg sudah dapat 'kaki' (1tahun & 3bulan).. aktif & suke berlari serta memanjat.. jgn gi beraya umah org Danish buat hal.. panjat meja makan umah org sudah la...
macam tu keadaan bila diumah.. sbb suke memanjat & lompat sana sni... mmg la seronok tgk anak aktif.. tpi ini dah terlebih vitamin namanya.. Namun syukur Alhamdulillah Danish sihat hendak-nya.

Dikesempatan ini ingin ucapkan Salam Ramadhan & Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri yang mulia..
(Kosong-kosong)~~~~



Danish yg sudah pandai, bersalaman... molek sgt la tu.. 'nak duit raya'...

Buat tatapan semua.. gmbr Raya tahun 2013. time ni budak Danish ni.. baru 4bulan.. jadi kerjanya tido je lah.. duduk diam je.. compare skrg... hehehe.. jauh beza



Besday Mama Danish, yg selalu sgt jatuh pada bulan Syawal.. so slu celebrate raya + besday mama skli..

Amin..


Wednesday 28 May 2014

Danish holiday di Langkawi

Salam Smua...

Kali ini ke Langkawi bersama Danish.. mmg sangat teruja.. sbb DD dah pandai berjln.. & berlari... rasa bebas menguna kan kaki kot.. terus aje berlari2.. tnpa hiraukan org sekeliling.. jnji puas hati kan.. kita yang risau sbb org kan ramai.. bahaya sgt.. xlarat nak kejar dia..

kali ini kami pergi bersama, family kakak 'Agh' & family Kak Mas (DD bby sitter).. lebih ramai lebih seronok kan.. sbb memasing dah plan nak borong mcm2.. kali ni Mama DD dah awal2 ckp.. xnak beli apa2.. sbb last time dah shopping kuali byk.. smpi skrg pun x guna lgi.. buat perhiasan jer... (finally hujung citer.. tgk la apa yg dibeli)

Memandangkan kami ramai.. jadi mama DD, dah book homestay aje.. saving sgt.. sbb kami ber4 family... klu ambik hotel perlukan 4-5bilik.. utk 4ari.. bayangkan bape kos tu..
so finally mama DD dpt book homestay yg 4bilik.. mmg awesome rumah tu.. besar, luas, selesa, bilik besar, bilik air besar, ruang tamu besar.. fuhhh memang selesa & berbaloi.
ada Astro, Aircond, peti ais, mesin basuh.. perkakas memasak smua lengkap... rumah 4bilik tidur ni, berhampiran dgn Pantai Cenang.. hnya 5 minit ke Pantai Cenang..
bole contact, En Zakri 012-571 0422 untuk booking.. harga yg sgt berpatutuan.
dia juga ade menyewa kan van, kereta, klu nak naik boat ke pulau pun bole contact dia.. harga mmg lebih murah dri org lain.

Sehari sebelum flight ke Langkawi.. kami ke KLIA2 utk sj2 tengok KLIA2 ni.. 
sebelum ni LCCT mmg dah biase..



Tiba lah hari2 yang dinanti2.. flight ke Langkawi... mmg teruja bawa DD kali ini.. mmg x duduk diam budak ni.. mula2 risau kot2 dlm flight DD buat perangai tidak mahu duduk diam  pulak..
  
 Belum sampai Langkawi dah tukar baju lain.. sbb nye.. dia po-po time tu. so kena lah salin baju lain.. bole je pakai kan semula baju tadi.. tpi malas sbb dah kedut2.. mmg standy byk baju dlm beg..

 nasbi baik.. naik je terus tido.. fuhh lega.. bole la mama & papa.. pun tido sama.. layan makanan yg dah pre-order awal2.. sedap plak.. nasi lemak & satay ayam Air asia ni..

sampai Langkawi.. dah book siap2 Urvan.. mmg selesa & air cond kuat... fuhh gigill..
bole contact Rinie.. 017-5922477

makan2 di kedai makan thailand.. terus ke Pantai Cenang.. sedut angin laut.. sambil layan org naik.. parasailing... rs nak naik.. tpi gayat plak... harga sekali naik, rm120 selama 5minit je..
ada yg xpandai landing.. jauh dlm air.. @ terentak atas pasir pantai.. aduhhh bole tahan sakit.. siap kena seret lain... fuh.. cancel naik..
DD pulak bole sampai tido semula... :-)


                                                      bersama anak buah, cik Mimi Zairen

Hari ke-2, pagi2 lagi dah kuar.. sarapan pastu gi naik boat ke 4pulau.. selama 4jam..








Petang, kami naik kabel car.. Hujan lebat plak time tu.. gayat & rasa cuak dlm kabel.. just naik atas.. kejap.. kemudian turun semula..
last time pegi, bole lalu di jambatan atas sana.. bole tgk permandangan. kali ni pergi jambatan tu sedang renovation.. dah rosak.. serammm~



wlupun hujan, janji Danish dpt naik kabel car kan.... muka cuak.. tpi nasib baik.. diam je..

 Inilah hari yg dinanti2 kan oleh k.Mas & Angah.. sbb nak shopping.. apa lagi terus la... melebarkan sayap ... pilih2 sana sni.. borong segalanya.. :-)

barang2 dapur.. mcm kuali non stick pan tu.. dah naik harga sikit.. compare dlu.. mmg nak harga naik.. 
coklat juga... Pepero sebelum ni.. rm17.90 naik kepada 21.90, lain2 cioklat jugak.. mmg dah naik harga... huhuhu


sambung ronda2.. Pantai cenang.. 



Finally, memory indah di Langkawi.. DD , 1tahun 1bulan... 


we love u, Danish

Sekian, Mama DD


Tuesday 20 May 2014

Majlis cukur jambul - Danish

Throwback (30-June-2013)

Salam Semua.. memang menjadi idaman kalbu para mama,mami, semua nak sempurnakan majlis cukur jambul.. wlupun ia bukan suatu yang wajib diadakan secara majlis.. yang penting adalah rambut bayi dicukur pada hari ke-7 kelahiran, melakukan akikah dan sbgainya.
Namun sbb kan idaman serta impian nak sgt buat majlis cukur jambul buat anak tersayang.. kami cuba reliasasikan juga majlis yg serba sedarhana ini..

antara persediaan yg diperlukan :
senarai tetamu, lokasi majlis , kumpulan marhaban, tarikh, tema, budget, door gift..

memandangkan kami tidak mahu susahkan family utk memasak, membantu utk aktiviti kemas mengemas ini.. jadi kami memilih utk buat suatu yang sememang menjadi pujaan hati kami.. bberapa tahun sebelum itu.. kami telah memilih 'Botanic Resort Club' sbgai lokasi 'open house & sambutan besday Mama Danish yg ke 30'.. maka sekali lagi lokasi ni menjadi tumpuan kami..

Buaian daripada : buian berendoi yang sangat cantik & design yang anggun2 belaka.. sgt teruja utk menjadikan majlis kami kelihatan menarik.
sebulan sebelum majlis, kami dah book siap2.. lokasi juga siap di booking.. makanan ala buffet, kumpulan marhaban juga kami pilih area klang - Rantau panjang.

layan kan gambar2 yang menjadi kenangan indah kami.







 nasib baik masa ni, mood Danish baik.. tido aje semasa alunan marhaban 

 terharu sangat masa ni.. bertakung air mata.. 
7KALER PICTURE, sebagai photographer majlis kami

kumpulan Marhaban dari Rantau Panjang Klang, 
kami berikan goodies bag & selendang warna pink ini sebagai kenangan majlis.










 Keesokkan hari, kami sempurnakan dgn cukur seluruh kepala Danish di salon.. muka pasrah.


Alhamdulillah, majlis lancar & dihadiri seluruh family, jiran2 & sahabat handai.. Semoga Danish menjadi anak yang soleh & beriman. Amin

Mama Danish