Salam Semua.. memang menjadi idaman kalbu para mama,mami, semua nak sempurnakan majlis cukur jambul.. wlupun ia bukan suatu yang wajib diadakan secara majlis.. yang penting adalah rambut bayi dicukur pada hari ke-7 kelahiran, melakukan akikah dan sbgainya.
Namun sbb kan idaman serta impian nak sgt buat majlis cukur jambul buat anak tersayang.. kami cuba reliasasikan juga majlis yg serba sedarhana ini..
antara persediaan yg diperlukan :
senarai tetamu, lokasi majlis , kumpulan marhaban, tarikh, tema, budget, door gift..
memandangkan kami tidak mahu susahkan family utk memasak, membantu utk aktiviti kemas mengemas ini.. jadi kami memilih utk buat suatu yang sememang menjadi pujaan hati kami.. bberapa tahun sebelum itu.. kami telah memilih 'Botanic Resort Club' sbgai lokasi 'open house & sambutan besday Mama Danish yg ke 30'.. maka sekali lagi lokasi ni menjadi tumpuan kami..
Buaian daripada : buian berendoi yang sangat cantik & design yang anggun2 belaka.. sgt teruja utk menjadikan majlis kami kelihatan menarik.
sebulan sebelum majlis, kami dah book siap2.. lokasi juga siap di booking.. makanan ala buffet, kumpulan marhaban juga kami pilih area klang - Rantau panjang.
layan kan gambar2 yang menjadi kenangan indah kami.
nasib baik masa ni, mood Danish baik.. tido aje semasa alunan marhaban
terharu sangat masa ni.. bertakung air mata..
7KALER PICTURE, sebagai photographer majlis kami
kumpulan Marhaban dari Rantau Panjang Klang,
kami berikan goodies bag & selendang warna pink ini sebagai kenangan majlis.
Keesokkan hari, kami sempurnakan dgn cukur seluruh kepala Danish di salon.. muka pasrah.
Alhamdulillah, majlis lancar & dihadiri seluruh family, jiran2 & sahabat handai.. Semoga Danish menjadi anak yang soleh & beriman. Amin
Mama Danish
No comments:
Post a Comment