Petikan dari http://www.myhealth.gov.my
Walaupun menyediakan tempat untuk bergembira, bersenam dan beriadah, taman permainan kanak-kanak boleh menjadi suatu tempat yang berbahaya jika keselamatan tidak di ambil kira. Setiap tahun, anggaran 250,000 kanak-kanak berumur 15 tahun ke bawah di Amerika Syarikat mengalami kemalangan di taman permainan dan memerlukan rawatan kecemasan.
Di Malaysia, dianggarkan 3000 kes kemalangan berlaku di taman permainan setiap 3 bulan. Kemalangan selalunya melibatkan kanak-kanak berumur di antara 5-9 tahun. Kemalangan yang kerap dilaporkan melibatkan kawasan permukaan taman kanak-kanak. (Rujukan : Kemalangan Epidemiology di Malaysia).
|
Kemalangan kanak-kanak ini boleh berlaku jika mereka :
- Jatuh atau terpintas dari peralatan permainan, dan jatuh dari tempat tinggi. Kes jatuh ini merangkumi 75% daripada kemalangan di taman permainan.
- Terhantuk atau terlanggar peralatan permainan atau rakan-rakan ketika sedang bermain.
- Terluka atau tercalar.
Peralatan permainan yang kerap dikaitkan dengan kemalangan adalah buaian, palang bergayut, gelunsur dan jongkang-jongkit.
Pengawasan kanak-kanak
- Kanak-kanak perlu sentiasa diawasi di taman permainan.
- Sediakan tempat duduk untuk ibubapa dan penjaga.
- Perhatikan tingkah-laku seperti bergaduh, tolak-menolak, penggunaan peralatan diluar kawasan permainan yang disediakan.
- Pastikan kanak-kanak tidak membawa basikal atau berkaitan ke dalam kawasan permainan supaya kemalangan dapat dielakkan.
- Pastikan kanak-kanak berpakaian sesuai ketika berada di taman permainan untuk mengelakkan dari terjatuh dan pakaian atau rambut dari tersangkut dengan peralatan.
Ulasan Mama Danish pulak;
taman permainan diluar rumah;
- cuaca ( hujan, panas terik, jerebu )
- alat mainan rosak ( kurang maintenance, ada yg sudah karat, patah, tajam )
- kebersihan ( kurang memuaskan, najis2 binatang, air bertakung)
- denggi ( klu musim denggi, lagi parah.. nyamuk suka la tmpt mcm ni) yg kurang bersih
- org asing ( klu kwsn yg terdedah pada org asing utk dtg.. klu area umah yg ada guard, ok sikit la, tpi masih tahap bahaya) kes culik
- byk jiran, rakan2 anak2 , bole eratkan silaturahim sesama jiran.
- lebih dekat alam semula jadi, elok untuk minda & rohani kanak2.
taman permainan dlm bangunan / rumah / shopping mall:
- tiada masalah cuaca, sejuk ada air cond lagi
- kena byr ikut jam, ada tmpt 20min, rm4 (kat Aeon JJ), ada yg rm10 no limit. ada yg smpi cecah rm50-150
- alatan mainan lebih terjaga, selalu diselenggara, lebih berciri keselamatan
- lebih menjana fizikal, mental & minda kanak2 ( sentiasa ada yg mainan baru)
- samping tu, bole terus beli barangan rumah.
walau apa pun jua pilhan para ibu bapa,, kita harus lah sentiasa memberi perhatian kpd anak kita, tidak kira walau dimana pun anak kita bermain.. kat umah pun bole jadi tempat yg tidak selamat jika kurang di berikan perhatian. Nama pun budak kecik, mmg la aktif, suka mencuba. Biarkan mrk explore utk belajar namun perhatian & pengawasan tetapi diberikan keutamaan.
Lepas main2, masuk kereta...tido je lah.. penat
-Mama DD-
-Mama DD-
Farah lebih prefer playground dlm bangunan.. sbb tak panas n kebersihan terjaga..hehehe.. skrg tgh plan nk buat satu ruang playground dlm rumah farah utk emir.. =D
ReplyDeleteFarah, mmg bagus klu dpt wujud kan ruang utk si manja bermain.. xde lah kacau tetamu klu dtg umah nati.. serta bole mrk ajak kekwn main sekali dlm bilik playroom mrk.. skrg ni sy ada bilik utk Danish bermain, cuma dia x mahu bermain dlm bilik tu,.. huhu..xde geng kot...
Delete